PENGUMUMAN TERKINI:- MESYUARAT HARI GURU Tarikh:- 07 MEI APRIL 2015 Bertempat Di:- MAKMAL KOMPUTER

Monday, 6 July 2015

Sejarah Penubuhan Sk Sg Ramai

SK SUNGAI RAMAI (ABA 1013) 
 @ DULUNYA Sekolah Melayu Ayer Tawar Estate (1948)


    Bangunan pertama sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Ayer Tawar Estate didirikan dalam tahun 1948. Bumbung bangunan ini dibuat daripada atap nipah dan berdinding papan. Tiangnya daripada kayu bulat. Bangunan ini hanya memiliki dua bilik darjah sahaja yang dibangunkan atas tapak kepunyaan Ayer Tawar Estate. Di Sekeliling bangunan ini terdapat pokok-pokok getah milik Ayer Tawar Estate. Tuan punya ladang ini ialah seorang Inggeris.

        Pada masa sekolah ini dibuka terdapat seramai 43 orang murid, iaitu 25 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan. Guru Besar yang pertama sekolah ini ialah Cikgu Ahmad b. Abdullah yang telah ditukarkan dari Sekolah Melayu Tualang Selekoh, Malim Nawar, Perak pada 31.10.1948.

    Dalam tahun 1965 penggal pertama, Sekolah Melayu Ayer Tawar Estate ke bangunan baru. Bangunan baru ini ialah sebuah bangunan papan berbumbung asbestos yang telah didirikan di atas tapak yang dibeli daripada Ayer Tawar Estate. Bangunan ini mempunyai 4 buah bilik darjah dan sebuah setor.

    Luas kawasan untuk sekolah ini ialah 3.26 ekar. Selain dari bangunan sekolah terdapat juga sebuah rumah guru dan bangsal basikal. Sekolah baru ini diberi nama  ’SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAI’. Kawasan sekolah ini terletak di dalam Kampung Sungai Ramai, Ayer Tawar. Sekolah baru ini telah di rasmikan pembukaan oleh Y.B En. Khir b. Johari, Menteri Pelajaran pada 8 Julai 1968.

Enrolment Murid SK Sg Ramai

Visi dan Misi Sk Sg Ramai

Sekapur Sirih - Pengenalan

SK Sungai Ramai (SKSR) terletak kira-kira 5 KM dari Pekan Ayer Tawar dan 15 KM dari PPD Manjung. Sekolah ini berada dalam kawasan Kampung Sungai Ramai yang merupakan kawasan luar bandar yang dikelilingi dengan tanaman kelapa sawit dan getah.

Dahulunya sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Melayu Ayer Tawar Estate pada awal pembukaannya pada tahun 1948. Kemudian, pada 8 Julai 1968, SKSR dinamakan sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI RAMAI dan detik bersejarah itu disempurnakan oleh Y.B Encik Khir b. Johari Menteri Pelajaran pada masa itu. Bersesuaian antara namanya dengan lokasinya, kini sekolah ini telah melalui era revolusinya meskipun masih kekal sebagai Sekolah Pedalaman dan Sekolah Kurang Murid. 


Nama dan Alamat Sekolah:

Sekolah Kebangsaan Sungai Ramai
32400, Ayer Tawar
Perak 
Tel/Faks: 05-6721259
Guru Besar: Komander Kehormat Hashim B Adnan KAT, PPA, MBA 

Daerah : Manjung
Jenis Sekolah: Sekolah Kebangsaan
Kod Sekolah: ABA 1013
Gred Sekolah:Gred B SKM 
Klassifikasi: Luar Bandar 

ENROLMENT GURU DAN STAF

Takwim Persekolahan 2015

Pengurusan Hal Ehwal Kurikulum

Picture Window theme. Theme images by imacon. Powered by Blogger.